Saturday 12 January 2013

ku cari bahagia...........

Sesungguhnya
jika rindu itu dirasai,
rindulah pada seseorang yang
merindui syahid dijalanNya.
Jika rindu seseorang…
moga lebih bertambah kekuatan
untuk menyintai Allah…

Jangan biarkan rindu melampaui batas
hingga lupa pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya
kepadaNya…

mudah-mudahan aku tak lupa
untuk terus merinduiMu dan
mencari cinta buatku...
kerana yg ku cari adalah kebahagiaanku...

bidadari pujaan hati...

:) Salam kerinduan..
khas untukmu wahai bidadari islam...:)

wanita yang disayangiadalah pencinta Tuhannya...yang mengalir cinta,takut,dan harap...yang mengusai perjalanan penghidupannya..
dari waktu ke waktu...dari hari ke hari..sehingga perjalanan di antara..jasad dan nyawanya berakhir..

wanita yang dirindui...adalah wanita yang dimata dan wajahnya..terpancar sinar nur Ilahi..lidahnya basah dengan zikrullah..di sudut hati kecilnya..sentiasa membesarkan Allah..

wanita yang dicintai..yang menutup auratnya..dari pandangan mata ajnabi..kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya..di sanjung tinggi..penduduk langit dan bumi..

wanita yang diimpikan..adalah yang mendekatkan..hatinya yang telah jauh..kepada Ar-rahman,Ar-rahim..di saat orang lain dilamar kebendaan..

wanita yang dikasihi..yang bersyukur dengan apa yang ada..yang bersabar pada yang tiada..cinta pada hidup yang sederhana..yang tidak bermata benda..

wanita yang disukai..menjadi dian pada dirinya..menjadi pelita untuk putera-puterinya..yang bakal dilahirkan..untuk menyambung perjuangannya di belakang hari..

Saturday 10 March 2012

zikir harian


Jumaat  ~ "Allah SWT akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya"

Sabtu    ~ "Setiap kali menyebutnya, Allah SWT akan hampir kepada kita dan Allah SWT 
                  akan memberi segala kebaikan kepada kita."

Ahad    ~ "Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat, serta dicintai oleh setiap 
                  manusia."

Isnin     ~ "Setiap kali bacaan, Allah SWT memberi pahala sebesar bukit uhud dan Allah 
                SWT akan menghilangkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita."

Selasa  ~ "Setiap kali satu bacaan Allah SWT akan ampunkan dosa kita selama setahun."

Rabu    ~ "Setiap satu kali bacaan, Allah SWT akan hilangkan satu titik hitam dalam hati."

Khamis ~ "Setiap satu kali bacaan, Allah SWT akan mengampunkan dosa kita sebanyak 
                   buih dilautan dan Allah SWT akan menghidupkan satu pohon buat kita di 
                    syurga."


Bacalah 1000 kali insyaAllah kita akan diredhai Allah SWT...

Tuesday 28 February 2012

Siapa yang mencipta ALLAH ?

Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita.
Di antara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini.
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!!

Awas!! ini adalah bisikan dari syaitan! syaitan yang dilaknat!

Dari Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan)

Doa bila hujan

Allahumma soi yiban naa fi'a

Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari).

Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi saw mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.

Ayat Kursi paling agung dalam Al-Quran


FIRMAN Allah bermaksud:
              "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar".                                                   
(al-Baqarah: 255)

Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya.

Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.

Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya.

Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hamba-Nya.

Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah bermaksud:
                    "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" .
(Maryam: 93-95)

Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Firman Allah bermaksud: 
              "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia"
 (Hud: 105).

Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya.

Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah.

Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?" Jawab baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: 
   "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah   
                            tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."
Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).

Kelebihan Ayat Kursi

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)


Terjemahan :

           Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). 
                                                                                                                        (al-Baqarah ayat 255)