Tuesday, 17 January 2012

Hukum memakai rambut palsu

Memakai rambut palsu maksudnya memperpanjangkan rambut dengan menyambungnya agar sanggul menjadi besar atau rambut menjadi panjang.

Perbuatan ini pun dilarang. Dalam hadis, perbuatan tersebut dinamakan al-waashilah. Menyambung rambut, baik dengan rambut asli, dengan benang sutera, ataupun dengan kain, semua itu termasuk waasilah, menyambung. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Allah telah melaknat perempuan yang memakai rambut palsu dan yang meminta dipakaikan rambut palsu, dan perempuan yang mencacah (membuat tatu) dan minta dicacah (ditatu)".

Hadis ini sangat jelas tidak perlu ditafsirkan lagi dan disampingnya, hadis-hadis sahih seperti itu banyak sekali. Dalam Al-Bukhari dan dari Siti Aisyah diriwayatkan ada perempuan yang sakit, kemudian rambutnya gugur (luruh). Orang-orang hendak memakaikan rambut palsu kepadanya, tetapi Rasulullah s.a.w. melarangnya.

Pada zaman Mu'awiyah ditemukan rambut palsu. Mu'awiyah kemudian berkata di atas mimbar: "Mana ulama-ulama kamu? Aku telah mendengar dari Rasulullah bahawa rambut palsu seperti inidilarang!". Kemudian dikatakannya bahawa bani Israil telah binasa tatkala perempuan-perempuan mereka mengenakan rambut palsu. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Islam tidak melarang mengubati rambut agar tumbuh kembali atau agar tumbuh subur dan panjang. Tetapi bagi orang Islam sebenarnya rambut panjang ataupun pendek tidak menjadi soal, sebab sudah ada tudung yang akan menutupinya.

rambut palsu

Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.

Hukumnya haram bagi lelaki mahupun perempuan walau jika kerana penyakit.

Rasulullah saw menyebut perbuatan ini sebagai al-Zur iaitu pemalsuan dan penipuan adalah dilarang dalam Islam.

Said ibn Musayyab menuturkan sebagai berikut: Saat datang ke Madinah, ”Muawiyah berbincang-bincang dengan kami. Di tengah perbincangan tiba-tiba ia mengeluarkan seonggok rambut. Karena heran, saya lalu berkata, ”Saya tidak pernah melihat orang berbuat seperti itu (memakai rambut tambahan) selain orang Yahudi. Rasulullah menamainya al-Zur (palsu) yaitu rambut tambahan yang terkenal dengan nama washilah.”

Hadith di atas jelas menyebut memakai rambut palsu adalah amalan orang Yahudi yang mengamalkan penipuan.

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.

Namun Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhuk,
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah,
memperjuangkan agamamu...